Dua² Penting, Tapi Biarlah Kualiti 1st, Quantity 2nd.. Setuju?

Macam solat sunat juga.. kita sering perbanyakkan solat sunat, untuk dapat pahala lebih, tapi belum tentu solat sunat kita berkualiti.. sedekah, begitu juga.. mungkin kita banyak bersedekah, tapi adakah sedekah kita berkualiti?
.
Begitu juga dalam bisnes.. taknkira korang founder, mahupun agen…mahupun jual barang trading, servis, consultation dll..
.
Jom kita tgok satu-satu;
.
1# SALES – mungkin ada ramai orang, sales nya besar, sampai juta2, tapi profitnya, nipis. Mungkin agen salesnya besar, income bersih masuk kecil sangat. Kuantiti (sales) memang nampak banyak, tapi kualiti (profit) nya kurang. Buat bisnes, jadi penat. (Ni ramai ni)
.
2# PELANGGAN – pelanggan memang ramai. Setiap bulan, berduyun2 pelanggan masuk. Tapi, kualitinya bagaimana? Pelanggan datang kembali membeli? Setiap kali membeli, adakah beli lebih tinggi transaksinya? Kuantiti pelanggan mungkin besar, tapi kualiti pelanggan bagaimana?
.
3# PRODUK – bermacam-macam produk dikeluarkan. Ada founder berbelas produk.. berpuluh produk.. bila produk banyak, incomenya pun banyak. Betul… tapi, bagaimana dengan kualitinya? Pelanggan puas hati? pelanggan repeat? Agen senang buat income repeat?
.
4# MARKETING – usahawan buat macam-macam marketing, tapi tahu ke keberkesanannya? tahu ke cara optimizenya? Tahu ke bagaimana nak trace nya? Tahu platform? jenis ayat? Jenis post? Audience?Tahu ke strategi, mahupun taktik untuk perbaikinya? Conversion , transaction, retention .. itu semua strategi yg tingkatkan kualiti marketing, dan selling kita.
.
5# AGEN – kejar agen beribu-ribu, tapi tiada kualiti. Kualiti tu bagaimana? Syarat pemilihan? Training yang diberikan? Leadership? Brand awareness dijalankan? kualiti produk itu sendiri? banyak yang nak kena buat untuk tingkatkan kualiti agen2 ni sebrnarnya..
.
.
APAPUN, SENTIASA LAH PERBAIKI KUALITI APA PUN YANG DIBUAT OLEH USAHAWAN..
.
Camne nak berkualiti? Ingat, niat kita ni nak beri manfaat kepada lebih ramai orang. Kita ni, nak pahala banyak. Kita bukan nak menang sorang2, tapi kita nak mrnangkan orang. InsyaAllah dari masa ke semasa kita akan jadi lebih berkualiti.
.
.
DAPAT SESUATU?

Similar Posts