Dah Buat Macam-Macam, Tapi Tak Ada Perubahan?

Pernah tak korang rasa – korang dah buat macam-macam, tapi macam tak nampak perubahan, atau tak nampak impak? Buat marketing dah, dah konsisten buat, dah buat yang terbaik, tapi macam takde apa-apa. Buat live konsisten dah, buat ads konsisten dah, buat rekrut agen konsisten dah, training pon dah, tapi macam tu jugak…
.
.
☝🏻CUBA CHECK BALIK!
.
.
Sebenarnya korang buat apa yang korang rasa patut buat, bukannya korang buat apa yang betul korang patut buat!
.
Contohnya:

Rasa patut buat;

.. korang rasa dengan “rompak senyap2” duit company, akan buatkan korang ada duit banyak, bisnes boleh berkembang lagi.
.
Perkara betul patut dibuat:
.
…korang patut urus kewangan company, bayar cukai, zakat, bina reserve syarikt, dan ambil gaji yang betul, dan juga dividen syarikat baru bisnes boleh berkembang.
.
.
Macam tu juga dalam branding.. Ada orang rasa dia patut buat iklan billboard banyak2, supaya brand dia naik, brand dikenali. Tapi, yang betul dia patut buat adalah dia buat billboard dekat lokasi strategik, dgn saiz yang sesuai dgn objektifnya, dgn design yang jelas & mudah dikenali untuk brand nya.
.
.
Begitu juga buat founder yang ada agen.. Diorang rasa, diorang perlu buat training 3-5x seminggu, barulh team dia bersemangat, tim dia akan all out buat sales.. Tapi, perkara betul patut dibuat adalah, bagaimana dia boleh buat training yang berikan impak, yang pengaruhi tim dia dari segi psikologi, skill, tindakan..walupun training tu, hany sekali 1 minggu atau 1 sekali sebulan..
.
.
Begitu juga content marketing yang korang buat selalu. Kita rasa, kita kena konsisten buat content setiap hari, untuk engage, awareness kepada follower kita. Tapi, tindakan yg betul patut dibuat bagaimana kita dapat hasilkan content yang berikan impak, berikan nilai, bina engagement kepada audien atau follower kita.
.
.
Dapat contoh2 saya bagi tu?
.
.
Buat perkara yang kita rasa betul, adalah berbeza perkara betul yang kita patut buat. Dan, selalunya perubahan tak berlaku bila kita tidak lakukan perkara yang betul, yang sepatutnya kita buat.
Ok dapat?
.
.
Ps – saya buat post ni, bukan sebab saya rasa saya kena buat post, tapi saya buat post ni sebab ianya memang betul patut di post pg ni.

Similar Posts