“Ujian Yang Hebat, Untuk Orang Yang Hebat”

Petang tadi, sembang-sembang ngan @shuibsepahtu di tepi pantai Teluk Cempedak sambil menikmati coke sejuk.. Walaupun arwah Siti Sarah dah tiada, dia tetap nak bisnes yang arwah jalankan /sebelum ni diteruskan, disambung oleh partnernya.. Sanggup angkut anak2 sekali, ke Kuantan..(partner arwah, makde ganti arwah dalam meeting bisnes ceo kali ni)
.
.
Saya tengok ujian Shuib ni, memang berat.. Tahun ni saja, dikaitkan dgn kes2 besar, kemudian diuji pula dengan kematian arwah Siti Sarah.. TAK SEMUA ORANG SANGGUP DIUJI BEGINI!
.
.
Tengok dia ni, penat sangat dah.. Tapi, demi arwah, demi anak-anak, di gagahkan diri untuk berjuang.. Teruskan bisnes..
.
.
“SAYA SIFU, PAGI SEMANGAT BERKERJA, BERKOBAR2.. TAPI BILA DAH MASUK OFIS, DAH TERINGAT, DAH RINDU KAT ARWAH, MULA KOYAK.. PETANG BERTAMBAH KOYAK, MALAM KOYAK HABIS”
.
.
Tu la, punya sayangnya pada arwah.. Cintanya pada arwah.. kasihnya pada arwah.. Beri inspirasi.. Rindunya terlampau tingggi..
.
.
Saya ni sampaikan, pesanan, ilmu2 dari guru yang hebat, yang pernah saya belajar, yang pernah saya lalui juga..
.
.
“Ustaz Hanafi selalu share dengan saya, di sebalik ujian, ada hikmah, ada rahmat.. Kita kena THINK BIG dgn ujian Allah.. Allah nak bagi sesuatu.. tidak di dunia, di akhirat.. “
.
.
Saya share apa yang pernah ustaz hanafi sampaikan kepada saya.. Yang saya pernah amalkan juga..
.
.
“Dr Ary pernah juga share, untuk bangkit kembali, untuk terus maju, kita tidak boleh memegang big why saja .. kita tidak boleh fokus kpda strong why saja.. kita kena utamakan grand why.. iaitu sebab utama kenapa kita hidup, sebab utama kenapa kita berbisnes, sebab utama kita berjuang.. iaitu, sebab untuk memberi manfaat kpda lebih ramai manusia, dan juga sebab untuk kebahagiaan kita, keluarga kita di alam akhirat sana..”
.
.
InsyaAllah, kita bakal bangkit kembali berjuang! Kita bangkit kembali memberi manfaat kepada lebih ramai orang.. Kita bangkit untuk memperbanyakkan lagi ‘bekalan’ kita di alam sana..
.
.
Alhamdulillah, saya nampak Shuib lebih gembira, lebih bersemangat kembali, walaupun sembang2 santai saja..
.
.
Kita doakan Shuib terus tabah, dalam kehidupan bersama anak2🤲🏻

Similar Posts