|

“Tak Guna Kita Buat Sales Tinggi, Tapi Profit Kecik Sangat, Atau Tipis Sangat”

Alhamdulillah, dapat ngopi ngan otai lama.. banyak saya blaja dari Dato Husamuddin ni sejak 2017 lagi.. Beberapa kali pernah bekerjasama, dengan Karangkraf, Sinar Harian, IdeaActive dalam urusan bisnes sebelum ni..,
.
Bila jumpa, terus dia tanya khabar..
.
“Apa khabar sifu.. Ayahanda jumpa anakanda! Rindu, lama tak jumpa..”
.
Memang itu yang dia biasa jemput kalau jumpa.. Sembang, memang saya direct terus tanya pasal bisnes.. Peluang lepak ngan orang hebat, kena terus sedut ilmu la kan..
.
Satu topik, pasal sales & profit..
.
“Sifu, saya nampak orang zaman sekarang ni.. Buat bisnes naik laju-laju.. viral.. tapi, 1-2 tahun lepas tu jatuh… jatuh menjunam!”
.
“Ya dato.. sebab, diorang ni bagus. Senang, tak macam dulu2. Cuma, diorang ni banyak tak jaga cashflow!”
.
“Bila bisnes makin naik, diorang punya life style pun naik. Perbelanjaan bisnes, marketing, branding, tim juga naik..”
.
“Lepas tu, bila diorang ni dah naik, diorang ni tamak.. Nak conquer market, buang harga.. Ada jual murah.. supaya semua orang beli ngan dia..”
.
“Last-last, profit makin nipis, walaupun sales banyak.. Penat dalam buat bisnes! Bila profit tak cantik, kacau bisnes dah..”

.
Saya boleh kata, 2-3 bulan akan ngopi, menyedut ilmu.. Banyak menda dia share, tapi 11 point ni sangat penting.
.

  1. Buat sales banyak takde guna, kalau tak making profit!
    .
  2. Lebih baik buat sales 1 juta setahun dgn profit 300k, dari buat sales 10 juta tapi profit 300k.
    .
  3. Naik laju, jatuh laju ni sebab tiada atau salah pengurusan kewangan.
    .
  4. Asal untung skit, orang muda kita ni suka berbelanja pada lifestyle mewah.. Katanya, “Akhirnya, setelah lama berimpian…”
    .
  5. Recession, kena stenbai untuk 2-3 tahun.
    .
  6. Cash Reserve, kena ada.. Ini bakal menyelamatkan kita bila berlakunya krisis.
    .
  7. Jangan terlalu laju nak develop bisnes, sampaikan profit2 banyak digunakan untuknya, bukan untuk reserve.
    .
  8. Jaga ‘core client’, kerana ini akan backup revenue dan profit bisnes kita utk jangka masa panjang.
    .
  9. Kena R&D produk, model bisnes, sewaktu ekononi down, supaya boleh up pada waktu yang sesuai nanti.
    .
    Baru 9. Nak sambungan?

Similar Posts