Semua Orang Nak Kejayaan, Tapi Belum Tentu Sanggup Buat Pengorbanan.

.. pengorbanan, yang sanggup melepaskan apa yang ada, apa yang selesa, demi mencapai kejayaan yang lebih besar.. Termasuk la, berkorban waktu tidur pagi hujung minggu😜
.
.
Cuba lihat orang-orang yang capai kejayaan-kejayaan besar. Diorang memang banyak berkorban! Korbankan masa untuk belajar.. korbankan masa untuk memperbaiki bisnes.. korbankan masa mendidik/guide team.. korbankan masa marketing.. bermacam2 pengorbanan yang diorang lakukan?
.
.
WHY?
.
.
Sebab diorang yakin, tanpa ragu tentang kejayaan yang diorang ingin capai. Bila keyakinan tinggi, diorang sanggup lakukan pengorbanan yang juga tinggi.
.
.
Teringat saya 15 tahun lepas.. Awal-awal bisnes online. Pengorbanan saya – waktu rehat tghri, saya buat kerja-kerja marketing di ofis. Waktu awal pagi, dalam LRT, saya sering juga menulis planning.. Balik kerja, dalam LRT saya membaca buku, atau menaip.. Sampai di rumah sewa, saya terus sambung buat kerja bisnes online selepas maghrib, sampaila 1-2 pagi. Esok paginya, 7 pagi dah bergerak ke ofis, kerja. Weekend, travel balik ke besut (weekend husband), cari cybercafe masa awal2, buat kerja. Dah ada lptop, masa byk push kpd bisnes online.. SAYA PAKSA DIRI BERKORBAN, UNTUK DAPAT KEJAYAAN YANG DIIDAMKAN! Perit, penat, stress, rasa nak stop, nak giveup, semuanya ada, tapi keyakinan memberi motivasi yang berterusan..
.
.
Nasihat saya – Apapun yang korang nak capai, korang perlu sanggup berkorban!
.
.
Bagaimana?
.
.
Korang sanggup berkorban? Sanggup korban masa? Usaha? Tenaga? Korbankan wang ringgit? Korbankan apa yang ada? Korbankan keselesaan korang?

SIAPA YANG SANGGUP BERKORBAN, CUBA KOMEN SKIT DI BAWAH, 👇🏻”Saya sanggup!”
.
.
ps – Biasanya ramai orang pagi weekend ni ramai yang tido. Korang camne?🤭😜

Similar Posts