“Awak Tak Boleh Pakai Tagline Ni Tau, Bahaya!😡😡”
“Sifu, dah elok-elok pakai – “Hanya Yang Laju, Akan Maju” kenapa tukar? Kenapa tukar kepada “Hanya Yang Maju, Ada Halatuju”. Ada cerita di sebaliknya.. Ikutkan, tagline HANYA YANG LAJU AKAN MAJU ni, saya dah pakai dari hujung 2020 lagi di billboard.. Semuanya dengan kelulusan DBP, MAJLIS/PERBANDARAN.
.
.
Dah guna setahun lebih, tiba-tiba dapat emel. Dari satu agensi kerajaan.. Dia kata; “TAGLINE SIFUBAD INI MEMBAHAYAKAN PEMANDU DI HIGHWAY2 DI KLANG VALLEY NI..” Satu kajian di bawah MIROS dijalankan, dan saya diminta tukar tagline… Aik, masa minta setahun lepas di DBP lepas jer.. di majlis lepas jer.. Selepas setahun tak lepas? Rupa-rupanya, ada timbalan menteri yang llu highway yang ada billboard tu, dia rasa tak kena.. lalu dia minta bahagian dia buat siasatan..
.
.
“Mungkin, semasa dia drive tu – nampak jer tagline “HANYA YANG LAJU AKAN MAJU”.. dia terus memecut laju.. naik semangat kot.. tu tambah kelajuan tu.. Sebelum tu, ada juga satu dua emel orang komplen pasal tagline tu.. diorang kata, diorang terlaju bila nampak tagline tu😜🙏🏻
.
.
Mohon maaf lah ye, sesiapa yang tiba2 memecut bila nampak billboard saya sebelum ni.. ada yang kena saman sebab lebih kelajuan..tiba-tiba semangat, diorang terus tekan pedal minyak 😝 MOHON MAAF TAU
.
.
Thats why – atas pertimbangan banyak perkara, dan arahan dari bahagian agensi kerajaan, saya berikan kerjasama, dan tukar tagline.. ambil tagline kedua sifubad.
.
.
Walaupun begitu, sekarang ni di radio era, sinar, suria saya ada mainkan lagu HANYA YANG LAJU AKAN MAJU. Tagline di billboard takde dah, tapi di radio ada. Jangan korang tiba2 tekan minyak memecut plak ye..😝 Nampak billboard, dengar radio – ingat sifuBad saja cukup lah ye.
.
.
Nak tanya la – Siapa pernah lalu sini? Pernah tak korang tiba2 memecut di jalan ni masa tengok tagline lama dulu? Ke tak perasan sebenarnya?
.
.
ps – Arini meronda site jap.. Tak pernah lagi amik gambar kat sini. Lepas ni nak muncul di lokasi2 baru plak. Korang rasa di mana?