Keje Gomen, Macam Mana Nak Grow Bisnes?

“Sifu, camne erk, kalau keje gaverment, nak grow dalam bisnes?”
.
“Camne nak bagi masa ye sifu? Saya masih keje gov..Pergi pagi, balik lewat petang..”
.
“Saya dah 10 tahu kerja gov, dan juga buat bisnes dah 3 tahun. Bila masa saya patut resign dan fulltime bisnes ye sifu?”

.
.
MashaAllah, hebat orang gomen ni. Saya dulu juga orang gomen, Jurutera JKR.. 2007-2010. Dari part time, to full time..
.
Sama juga dengan anak murid dalam gambar ni, @zulmamz founder Mamz, ex PTD dan wife nya @eirafeiraz , ex cikgu.. (baru berhenti).
.
Zul ni, 2017 lebih kurang masuk kelas saya, dari bawah. Dia buat part time, jual minyak habatusauda ..dari zero, sampai la 20k sebulan
.
.
Dia tanya masa tu;
.
“Sifu, camne saya patut buat? Saya ada upah staff buat kerja. Saya hanya ada masa sabtu Ahad jer”.
.
Saya bagitau dia;
.
Zul, awak buat guideline, letak target, set kpi dekat sales & marketing.. Minta diorang update data daily & weekly..”
.
Dia buat.. Dan Alhamdulillah, dia boleh monitor team dia. Masa tu 3-4 orang.
.
“Awak kena consider cuti tanpa gaji juga, kalau awak nak fokus! Masa cuti tu, awak kena all out! Sampai ratus ribu sebulan! Tak dapat 200-300k sebulan, saving takde 200-300k, jangan berhenti lagi!”
.
.
Dia berjaya, dan terus resign! Masa pkp, dia banyak ikut kelas-kelas online (chapter).. Sampaila bisnes dia naik ke 500k monthly.. Then, naik ke 1.2 million monthly.. Wife dia pon baru berhenti, last year. Sama2 berbisnes di ofis diorang di Oasis, Bangi , sebelah Tol Bangi.
.
Sesiapa kerja gov, then terlibat dalam bisnes tu, kalau betul-betul nak grow, memang kena fokus! Cara2nya;
.

  1. Buat permulaan, fokus pada waktu rehat, waktu malam, mungkin sampai ke pagi, weekend korang untuk aktiviti bisnes.
    .
  2. Kadang-kadang, kena amik cuti tambahan, untuk support masa buat bisnes tu. (saya camtu la dulu)
    .
  3. Kena start bina team kecil dulu, dengan ada ofis. (Kita pantau 2-3 kali sehari, dan daily by data dan report)
    .
  4. Weekend, boleh set meeting pagi sabtu dengan tim.. Review prestasi mingguan, plan aktiviti minggu depannya.
    .
  5. Bila semakin besar lagi bisnes, kena consider cuti tanpa gaji.. 3-6-12 bulan.
    .
    Banyak nak bagi, tapi muat dah? SAPA EX- GOMEN BERBISNES SINI?

Similar Posts