“Dulu, Keje Buat Jalan Jer…”

Yups, dulu, abis blaja, saya terlibat jadi trainee di projek UEM BUILDER di Tg Malim… dlm sblan gitu! Walaupun sbulan, azab juga rasanya😅 Dok tepi highway, kereta laju2, tgh panas nya, ikut supervisor check point.. cuti sblan, 3 hari je (ahad je). Nasib baik sblan, dipanggil JKR kerja sbgai engineer yg terlibat dgn structure2 bangunan, tmsuk bgunan penjara, balai polis..(keje biase2 jerg).
.
.
Lps 2 tahun, dipindahkan ke bhgian audit jalan JKR! Huhuhu, kembali ke highway! Kerjanya sllu pegi check jalan2 JKR persekutuan di sluruh Msia ni. Check corner bahaya ke tidak.. check keselamatam pembahagi jalannya.. round aboutnya.. Kalau korang nak tahu, saya la org yg jaga keselamatan korang di jalan2 raya tau.. hehehe!
.
.
Masa saya jd trainee UEM BUIDLER, teringat sorang manager ni bgtau;
.
.
“KO NAK KAYA, KO KENA BUAT BISNES! ANAK AKU, AKU SURUH BUAT BISNES.. KENA BIJAK CARI PELUANG”.
.
.
Saya ingat lagi kata2 sorang manager tu. (tak ingat nama). Dan masa dlm JKR, disebabkan hutang byk (sebab hutang kawin, sebab hutang kad kredit, komitmen ulang alik kampung dll), saya mula bisnes.. jual keropok ke geng2 opis JKR. Lps tu, niaga MLM.. rajin jmpa upline😜 dlu.. balik malam2. Esok gi opis..
.
.
Thats why, 2008 mula bisnes sbgai agen.. Lps tu jual ebook.. Buat servis.. dan alhamdulillah, dgn bisnes online 2008-2010, saya pun decide berhenti kerja! Mana taknya, dgn jadi agen, jual produk2 digital tmsuk software, boleh ada saving almost 200k! Dari asal sorang weekend asben tiap minggu ulang alik balik Besut dgn bas 8-10 jam, balik naik flight saja tiap minggu lps tu😝
.
.
Slps berbelas2 tahun, kini kembali ke jalan.. iaitu di highway… bukan sbgai engineer UEM BUILDER mahupun JKR, tapi sebagai ceo satu agensi company billboard (company ke-3 saya).
.
.
Siapa sangka kan, budak trainee tepi jalan yg asyik kena “sembur” dgn supervisor dlu, kini ada bisnes “atas” & “tepi” highway tu kan..😎
.
.
YG BACA NI, ADA DARI ENGINEERING TAK? CER NGAKU!👇🏻
.
.
ps – masa ni lps psg billboard anak murid ceo, @wnsyuhada_ yg psg billboard satu Malaya, dgn kos lebih sejuta RM!(Noh hujan aka @pexdollah buak gapo tu)

Similar Posts