Filem Mat Kilau, 5 Learning Point Untuk Founder!

Dah kali ke 4 ni, layan #matkilau dalam 3 hari ni.. Tak pernah layan filem sekerat ini. Mula2 layan dengan sahabat @ahyatishak , lepas tu dengan staff, lepas tu ngan @adilahbtshuib & @fatindianaa , hari ni dengan 70 orang anak-anak murid apprentice pula… Mengapa? Sebab filem @syamsulyusoffilm ini, lain maciam aura nya. AURA KEBANGKITAN, YANG MEYAKINKAN KEJAYAAN & KEMENANGAN!
.
.
5 Sebab MENGAPA – saya “menyeru” anak-anak murid founder, dan juga follower saya yang usahawan patut tonton filem ini secara berjemaah.
.

  1. Membangkitkan semangat juang yang mungkin “tersorok” selama ini, kita sebagai usahawan. Kita adalah PEJUANG, kita adalah PAHLAWAN untuk bangkit ekonomi, bangkit kehidupan. Boleh lihat bagaimana Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Gajah menyeru rakyat Pahang bangkit memperjuangkan Agama & bangsa.
    .
  2. Filem ini akan buatkan kita kembalikan visi bisnes kita ke landasan yang betul, iaitu memajukan ummah, jihad Islam. Dalam banyak ungkapan dari Mat Kilau, banyak mengingatkan sahabat2nya – berjuang kerana Allah, dan berjuang dengan keyakinan yang kuat demi Agama.
    .
  3. Filem ini mengajar kita – Bagaimana menjadi pemimpin yang miliki sifat-sifat sebagai sorang pemimpin yang berkualiti. Boleh lihat Mat Kilau, dengan sifat sabarnya, berani ya, keyakinan nya..
    .
  4. Mat Kilau mengajar, di mana setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, Dan, pengorbanan memerlukan kesanggupan. Mat Kilau terpaksa tinggalkan kampung, tinggalkan keluarga, kesenangan untuk berjuang, yang tak ramai orang sanggup.
    .
  5. Mat Kilau, mengajar bahawa kepimpinan seorang pemimpin mampu mengubah segalanya..Kepimpinan yang sebenar, adalah untuk mereka yang layak. Layak nya dia, dibuktikan oleh kemampuan, kebijaksanaan, keberaniannya.
    .
    .
    itu baru sebahagian, banyak lagi sebenarnya. Dan dalam filem ni, saya paling suka “ayat-ayat deep” dia yang menyentapkan, menyedarkan…
    .
    .
    ok Itulah sharing saya. nak tanya, korang dah tonton ke? Berapa kali dah?😜

Ps – lepas keluar cinema, saya perasan hal pelik.. Ramai orang tiber2 pandai bersilat 😅 (termasuk saya)

Similar Posts