“Saya Down Sangat Dah Ni, Taknak Buat Apa-Apa Dah!”

“Saya stress.. rasa down sangat!😭 Mana taknya, bisnes saya buat sebelum ni naik, dah makin jatuh.. jatuh.. jatuh… dulu, saya berjaya.. saya ada macam-macam dulu, sekarang ni dah hilang banyak dah.. bisnes saya tak jalan dah.. team dah lari.. dulu, ada staff 30 orang, sekarang tinggal saya dan wife saya saja. Sebelum pkp dah teruk, bila pkp jauh lgi terukk.. Saya nak bunuh diri.. Hutang saya sana sini.. Tak sanggup dah!”
.
.
Ini, antara orang2 bisnes yang pernah dm, mengadu masalah, ujian berat yang diorang lalui… Kesian sangat! Ditimpa masalah, bertimpa-timpa! Tak henti2 diuji… KEJATUHAN YANG BERLAKU, BUKAN KITA PINTA!
.
.
Nasihat saya, bila berlaku ujian, atau jika masalah berlaku, mahupun kejatuhan, kita jangan terlalu fokus kepada kejatuhan yang berlaku tu.. Jangan mencari2 punca, kemudian kita akn menyalahkan org lain, salahkan situasi, salahkan diri sendiri..
.
.
Bila buat begitu, maknanya kita sedang fokus kepada masalah dan juga kejatuhan kita.. Bila fokus kita ke arah itu, kita akan rasa lebih kecewa, hilang semangat, dan sentiasa negatif. Akhirnya, buatkan kita jatuh semakin jatuh lagi.
.
.
Sebaiknya, kita fokus kepada pengajaran, atau hikmah dari masalah atau kejatuhan yang berlaku.
.
.
“BILA KITA FOKUS KEPADA PENGAJARAN, INSYAALLAH KITA BAKAL JUMPA JALAN, JUMPA SOLUSI UNTUK KITA BANGKIT KEMBALI..”
.
.
Dan bagaimana nak bertukar dari fokus pada kejatuhan, bertukar kepada fokus pengajaran?
.
.
KITA BERSYUKUR DENGAN KEJATUHAN KITA. FIKIRKAN – ALLAH SEDANG UJI KITA. DAN PERCAYA SETIAP UJIAN, ADA HIKMAHNYA☝🏻
.
.
Itu saja saya nak share. Semoga dapat sesuatu. Saya doakan korang berjaya bangkit balik, sekiranya kornag diuji dengan kejatuhan atau apa2 masalah sekarang ni🤲🏻
.
.
EH EH, PANJANG PLAK SAYA TAIP NI. ADA ORANG BACA KE?🙄🤭
.
.
Ps – Satu cara nak bangkit balik ni, ingat kembali niat kita berbisnes. Niat kerana apa? Kerana keredhaan ALLAH SWT🤲🏻

Similar Posts